Resepi Tart Ufo | Brazo De Mercedes | Cowdung Tart

2 Просмотры
Издатель
Resepi Tart Ufo | Brazo De Mercedes | Cowdung Tart

Langkah 1 : Kek

Bahan A

35 ml Susu sejat cair / Susu
25 ml Minyak masak
40 gram Tepung Kek
2 biji Kuning Telur

Bahan B

2 biji Putih Telur
1/2 tsp Cream Of Tartar
20 gram Gula Kastor

Campur bahan A ke bahan B dan gaul hingga sebati. Setelah itu,masukkan adunan ke dalam piping bag.

Anggar sukatan setengah ketinggian dari papercup. Masak selama 15 - 20 minit menggunakan suhu 150°c. Jangan lupa panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum membakar Adunan.

Langkah 2 : Filling Custart

100 ml Susu sejat Cair / Susu
3 biji Kuning Telur
20 gram Gula Kastor
1 tsp Tepung Kastart
1 tsp Esen Vanilla
15 gram Butter / Marjerin

Kacau rata kesemua bahan kecuali Butter sebelum mula hidupkan api. Gunakan api kecil sahaja. Masukkan ke dalam piping bag setelah sejuk.

Langkah 3 : Meringue

3 biji Putih Telur
70 gram Gula Kastor
1/2 tsp Cream Of Tartar

Pukul meringue hingga Soft Peak. Masukkan ke dalam piping bag.

** Bakar semula pada suhu 150-160°c selama 10 minit atau sehingga meringue menjadi golden brown . Gunakan api atas sahaja.

** Jangan terus keluarkan dari ketuhar setelah selesai bakar supaya meringue tidak mengecut. Biar selama 5 minit atau sehingga sejuk dengan membuka sedikit penutup ketuhar.


Jika suka perkongsian resepi ini, sila tekan butang SUBSCRIBE ,LIKE ???????? dan Tombol Loceng. Terima kasih????????

#tartufo #brazodemercedes #cowdungtart
Категория
Крутые ужасы и триллеры
Комментариев нет.